JAKARTA 16 April – Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) Indonesia mencadangkan Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengadakan semula proses undian pos oleh rakyatnya di Malaysia, berikutan kes penemuan kertas undi yang ditanda di sekitar Kajang baru-baru ini. Ketua Bawaslu, Abhan berkata rakyat Indonesia yang layak mengundi pos di Malaysia adalah sebanyak 319,293 pengundi. Proses pengundian pos diadakan pada 7 April lepas, manakala pengundian di Tempat Pembuangan Suara (TPS) atau pusat…










