Ugly Belgian Houses ketengah gambar bangunan unik - Utusan Malaysia

Ugly Belgian Houses ketengah gambar bangunan unik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 14 April – Sesetengah pengguna Instagram dilihat ketagih dalam memuat naik gambar mahupun video pada setiap waktu.

Hal demikian kerana mereka tidak mahu ketinggalan dalam mengabadikan aktiviti harian mereka untuk tatapan umum.

Namun menerusi Instagram yang menggunakan nama Ugly Belgian Houses, seorang lelaki menampilkan kelainan dengan memuat naik gambar-gambar rumah dalam perspektif baharu yang berbeza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor Mail Online, Hannes Coudenys gemar memuat naik imej-imej bangunan yang unik dan melucukan yang selalunya tidak dilakukan oleh pengguna Instagram lain.

Akaun yang mengandungi lebih 1,400 gambar itu mempunyai lebih 55,000 pengikut, malah melalui gambar-gambar di laman sosial itu, Coudenys turut menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Ugly Belgian Houses: Don’t Try This At Home’.

Coudenys memberitahu, menyentuh mengenai reka bentuk perumahan, undang-undang di Belgium tidak terlalu ketat.

“Dengan itu, kita berpeluang melihat sebuah bangunan rumah yang sama sekali berbeza di tengah-tengah bangunan rumah yang lain,” katanya.

Perkara itu katanya, terlalu biasa di negaranya.

“Bagaimanapun bukan semua gembira dengan hobi saya ini, kira-kira 90 peratus daripada penduduk di sini menggilai hobi saya ini.

“Saya juga menerima banyak surat yang bersifat kebencian dan juga daripada peguam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini