UEC: Tidak bincang dengan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) - Utusan Malaysia

UEC: Tidak bincang dengan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) tidak dibincangkan dengan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau tidak mempunyai maklumat langsung mengenai UEC.

Katanya, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkemungkinan layak untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tahu terdapat beberapa perbezaan tapi kami kita dibawa berunding mengenai isu ini (UEC).

“Jadi, sangat pramatang untuk membuat kenyataan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kenyataannya Jumaat lalu memaklumkan CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ bermula 1 Januari 2021 selepas melakukan perbinca­ngan dengan beberapa pihak.

Kenyataan itu mendapat tentangan pelbagai pihak yang menganggap Tommy telah melangkau kuasa Kabinet dan Pasukan Petugas Khas Dasar UEC (PPDUEC) yang ditubuhkan Kementerian Pendidikan untuk melakukan kajian berkenaan pengiktirafan UEC.

Sementara itu, Majlis Peguam menegaskan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) sudah mengiktiraf lulusan UEC untuk menduduki CLP sejak sekurang-kurangnya 20 tahun lalu. – UTUSAN ONLI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini