KUALA LUMPUR 3 April – Keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) tidak dibincangkan dengan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau tidak mempunyai maklumat langsung mengenai UEC. Katanya, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkemungkinan layak untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut. “Saya tahu terdapat beberapa perbezaan tapi kami tidak dibawa berunding mengenai isu…










