UEC : Kabinet akan putuskan - PM - Utusan Malaysia

UEC : Kabinet akan putuskan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan dilakukan oleh Kabinet.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, walaupun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) boleh memberikan pendapat, kuasa untuk mengiktiraf sijil itu ada pada kerajaan.

“Kabinet belum bersetuju (sebab) kita kena sahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Peguam. Majlis Peguam punya pendapat demikian. Kalau kita nak iktiraf,kerajaanlah kena iktiraf,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumkan Sijil Amalan Guaman (CLP) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ bermula 1 Januari 2021 selepas melakukan perbinca­ngan dengan beberapa pihak.

Kenyataan itu mendapat tentangan pelbagai pihak yang menganggap Tommy telah melangkau kuasa Kabinet dan Pasukan Petugas Khas Dasar UEC (PPDUEC) yang ditubuhkan Kementerian Pendidikan untuk melakukan kajian berkenaan pengiktirafan UEC.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor hari ini menegaskan LPQB sudah mengiktiraf lulusan UEC untuk menduduki CLP sejak sekurang-kurangnya 20 tahun lalu.

Isu itu dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini