KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan wanita No. 1 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying mudah melepasi pusingan pertama pada Terbuka Malaysia selepas berjaya mengatasi pemain China, Deng Joy Xuan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Juara bertahan musim lalu itu turun dengan aksi bertenaga apabila tidak membuka ruang kepada Joy Xuan untuk mengatur perlawanan pada set kedua. Tzu Ying hanya memerlukan 23 minit untuk mara ke pusingan kedua…










