BUAT pertama kalinya selepas lebih 600 tahun Parameswara dari Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka bersahabat baik dengan Maharaja Hwu-Ti pemerintah Dinasti Han, Perdana Menteri Tun Abdul Razak membuka kembali lembaran sejarah baru kedua-dua negara itu apabila berkunjung ke Peking (Beijing) pada 1974. Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Mazlan Nordin dan Pengarang Rencana Utusan Malaysia, Subky Latiff yang mengikuti rombongan Malaysia ke Peking pada 28 Mei 1974 melaporkan, Tun Abdul Razak diberikan…










