Tujuh penuntut IPT sedang leka hisap dadah ditahan - Utusan Malaysia

Tujuh penuntut IPT sedang leka hisap dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI ISKANDAR – Tujuh penuntut lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini antara sembilan individu ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan kegiatan dadah dalam serbuan berasingan di dua buah rumah di Persiaran Iskandar Perdana dan Ipoh sejak semalam. 

Dalam serbuan itu, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan bersama dadah jenis kanabis seberat 355.13 gram dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam tangkapan pertama pada pukul 11 malam di Seri Iskandar, lima lelaki dengan tiga daripadanya penuntut IPT yang sedang leka menghisap dadah ditahan bersama dadah jenis kanabis seberat 53.67 gram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan menjumpai satu kotak mengandungi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis kanabis seberat 4 gram dan satu bekas plastik dadah sama seberat 49.67 gram.

“Turut dijumpai di atas lantai rumah berkenaan ialah botol kaca yang diubahsuai, dua alat pengisar dan dua pemetik api yang dipercayai dijadikan sebagai alat untuk menghisap dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohamad Zainal, susulan tangkapan itu, pihaknya melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan berhampiran pada pukul 12.30 tengah malam dan menahan tiga lgai penuntut IPT sama masing-masing berusia 22 tahun.

“Ketiga-tiga mereka ditahan di ruang tamu, bilik utama dan bilik ketiga rumah berkenaan ketika sedang menghidap dadah.

“Turut dijumpai dadah jenis kanabis sebarat 79.41 gram dadah jenis kanabis selain peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk menghisapnya,” katanya.

Tambahnya, polis kemudian melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampun Sungai Tapah, Ipoh pada pukul 4.16 pagi tadi dan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang juga penuntut di IPT sama dan merampas dadah jenis kanabis seberat 222.05 gram.

“Pemeriksaan ujian air kencing terhadap kesemua mereka mendapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) dan mereka direman empat hari untuk siasatan lanjut bermula hari ini,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini