PARIT 15 April – Tujuh penuntut lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Seri Iskandar antara sembilan ditahan polis setelah disyaki terlibat dalam kegiatan dadah dalam serbuan berasingan di dua buah rumah di Persiaran Iskandar Perdana di sini semalam dan di Ipoh hari ini. Dalam ketiga-tiga serbuan itu, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan bersama dadah jenis kanabis seberat 355.13 gram dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan…










