HANOI 12 April – Beberapa bengkel pembuatan dan gudang di sini terbakar menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut, lapor media tempatan hari ini. Menurut Agensi Berita Vietnam, kebakaran sepanjang malam tersebut melibatkan bengkel kitar semula dan gel silika termasyk pusat simpanan barangan beku dan produk kayu. “Pihak berkuasa mengeluarkan dua lagi mayat di bengkel itu menjadikan jumlah keseluruhan maut adalah tujuh orang,” katanya. – AFP









