BUTTERWORTH 14 April – Tujuh individu termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan judi haram menerusi tujuh serbuan berasingan di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) semalam. Kesemua mereka yang berusia di antara 23 hingga 63 tahun itu ditahan dalam Op Dadu yang dijalankan kira-kira pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang oleh 17 anggota dan pegawai dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7). Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua mereka ditahan di tujuh buah premis berbeza di Butterworth dan Kepala Batas.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya