KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan merasmikan program myKidney Fun Run 2019 yang diadakan di Universiti Malaya (UM) di sini. Tuanku Zara yang juga penaung program myKidney berangkat tiba di pekarangan Kompleks Perdana Siswa, UM, pada kira-kira 9.59 pagi diiringi Naib Canselor UM Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim. Sejurus selepas perasmian, baginda berkenan melawat gerai pameran kesihatan tentang penyakit buah pinggang yang disediakan…










