Treler muatan tong gas terbalik di Port Dickson - Utusan Malaysia

Treler muatan tong gas terbalik di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebuah treler membawa muatan tong gas terbalik dalam kejadian di KM2.5 Jalan Linggi-Pedas, berhampiran Ladang Pengkalan Durian dekat sini tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, treler tersebut dalam perjalanan dari Petaling Jaya, Selangor ke Sungai Udang, Melaka.

Treler yang dipandu S. Ramar, 50 itu dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh sebelum terbalik dan melanggar sebuah hentian bas di situ, katanya dalam kenyataan, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kejadian menyebabkan kesemua tong gas kosong tersebut bertaburan di atas jalan dan mengakibatkan laluan ke Pedas, terhalang.

“Tiada sebarang kebocoran gas dikesan di tempat kejadian,” katanya, menambah pemandu tersebut mengalami kecederaan pada leher serta tangan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini