KUALA LUMPUR 13 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan wujud transaksi pembelian berlian merah jambu atau ‘pink diamond’ bernilai hampir RM100 juta (USD 23 juta) dalam siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik berkata, walaupun berlian tersebut tidak ditemui ketika serbuan, namun terdapat bukti jejak kewangan pembeliannya. “Kita merujuk kepada…










