PUTRAJAYA 15 April – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berharap dan yakin pelbagai inisiatif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dapat terus dilaksanakan dengan berkesan. Timbalan Perdana Menteri berkata, YKN telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program meliputi bidang kebajikan, kesihatan dan pelajaran. Antaranya jelas beliau, adalah perkhidmatan Anjung Singgah, Anjung Kasih dan Pusat Rawatan Dialisis. “Sehingga Januari lalu, sejumlah 62,551 orang telah mendapat manfaat daripada…










