Tolong bayar hutang - Utusan Malaysia

Tolong bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 April – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu tiga persatuan sukan yang masih berhutang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyelesaikan hutang mereka secepat mungkin tanpa campur tangan daripada pihak kementerian.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata MOM dan persatuan sukan terlibat masih dalam proses rundingan mengenai isu berkenaan.

“Saya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada MOM mahupun persatuan sukan terlibat mengenai masalah ini, namun saya dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dirunding antara kedua-dua terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, setakat ini kita cuba biarkan rundingan tersebut diselesaikan antara pihak mereka sebelum wujudnya apa-apa campur tangan daripada pihak kementerian.

“Kami secara prinsipnya yakin perkara ni dapat diselesaikan dengan baik antara mereka,” katanya selepas merasmikan program Sukan Projek Perumahan Rakyat (PPR) peringkat negeri Selangor di PPR Lembah Subang Dua, hari ini.

Pada 9 April lalu, media melaporkan MOM menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi memberi amaran kepada tiga persatuan sukan untuk melunaskan hutang bernilai ratusan ribu ringgit kepada badan induk itu.

Abdul Azim juga menjelaskan pihaknya mungkin akan mengambil tindakan drastik dengan tidak membenarkan persatuan sukan terlibat menghantar atlet mereka ke Sukan SEA di Filipina, November depan.

Hutang tersebut adalah perbelanjaan yang telah dikeluarkan MOM bagi menghantar atlet Kategori B iaitu atlet yang perlu ditanggung persatuan sukan masing-masing untuk bertanding di Sukan Asia Indonesia tahun lalu.

Perbelanjaan atlet kategori B akan dibayar semula MOM sekiranya atlet persatuan sukan berkenaan berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Pada Sukan Asia lalu, hanya dua daripada 241 atlet kategori B meraih pingat iaitu Qabil Ambak Mahamad Fathil (perak acara dressage) dan pesilat Kelas C (55-60 kilogram), Mohamad Hazim Amzad yang meraih gangsa.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini