Tok Gajah hambat JDT - Utusan Malaysia

Tok Gajah hambat JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 April – Pahang berjaya merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menumpaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam, hari ini.

Kemenangan tersebut membolehkan Pahang mengumpul 21 mata selepas sembilan perlawanan untuk berada di tangga kedua liga, kurang dua mata di belakang JDT.

Dalam perlawanan tersebut tuan rumah, PKNS memulakan aksi dengan baik apabila berjaya menjaringkan gol awal pada minit ke-13 menerusi pemain import, Chan Vathanaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun penguasaan PKNS tidak bertahan lama apabila bintang penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-24.

Gol penyamaan itu seakan memberi tekanan ke atas PKNS sehingga longgar di bahagian pertahanan dan menyebabkan Tok Gajah tidak berdepan masalah menambah gol kedua menerusi Jose Eduardo atau Ze Love pada minit ke-76.

Selepas ini Pahang dijadual menentang Perak di Ipoh pada Ahad manakala PKNS akan bertemu lawan sukar JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini