LANGKAWI 1 April – Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak ditemukan mati dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Bukit Malut, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, seorang mangsa ditemukan rentung manakala dua lagi dilaporkan meninggal dunia di dalam bilik air di kediaman tersebut. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra, PBK II Normazlan Mohamed berkata, rumah tersebut sudah terbakar kira-kira 70 peratus sejurus…