TAMPIN – Tiga pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat tahfiz di Kampung Seri Repah sejak seminggu lalu dikesan berada di sekitar Putrajaya, kata Ketua Polis Daerah Tampin Supt Ramli Kasa. Beliau berkata, maklumat tersebut diperolehi polis daripada keluarga kesemua pelajar terbabit. “Pun begitu, kita masih menjalankan siasatan terperinci mengenainya selepas menerima laporan polis di Balai Polis Bahau, Jempol pada 24 dan 25 April lepas,” katanya di sini, hari…