IPOH 13 April – Tiga pegawai kanan sebuah badan berkanun di negeri ini digantung tugas serta-merta bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar lembaga pengarah badan berkanun itu malam semalam. Menurutnya, susulan itu satu laporan polis telah dibuat oleh pasukan khas audit Setiausaha Kerajaan Negeri. “Mesyuarat tergempar itu diadakan bagi meneliti laporan audit…










