Tiga lelaki ditahan, dadah dirampas - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan, dadah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 15 April – Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah bernilai RM10,160 dalam serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Taman Saga, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 27 dan 45 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 malam.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui serbuk disyaki dadah jenis heroin seberat 399.1 gram, bahan hablur disyaki syabu (13.59 gram) dan tumbuhan kering disyaki ganja (0.63 gram).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut dirampas satu alat penimbang digital serta satu balang kaca yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menghisap dadah syabu,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Beng Yeow turut memberitahu ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini