Tiga lagi direman isu JPJ lindungi pemandu lori - Utusan Malaysia

Tiga lagi direman isu JPJ lindungi pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Tiga individu termasuk dua penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah kerana melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya.

Perintah tahanan reman sehingga Selasa depan itu dikeluarkan Majistret L. Umma Devi di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi selepas membenarkan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah dalam melindungi pemandu-pemandu ‘lori kebal’ yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, dua daripada mereka adalah penguat kuasa JPJ Pulau Pinang dan JPJ Perlis, manakala seorang lagi adalah bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Anggota JPJ Perlis tersebut sebelum ini merupakan anggota SPAD.

Terdahulu SPRM semalam memanggil 21 individu iaitu 19 penguat kuasa JPJ dan dua bekas anggota SPAD bagi mengambil keterangan di pejabat SPRM negeri di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini