KOTA BHARU – Seorang peniaga, tidak sempat menyiapkan tempahan 600 botol popia cheese apabila rumahnya di Taman Binjai Manis, Ketereh, di sini terbakar awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, Nuraznida Aziz, 34, dan suaminya Muhd. Shaiful Amri Saifuddin, 35, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami mereka musnah sepenuhnya. Kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah itu turut menyebabkan pasangan suami isteri warga emas, Che Siti Azizah Ab Rahman, 65, Wan Zain Wan Ahmad, 75, tinggal sehelai sepinggang manakala sebuah rumah lagi tidak berpenghuni. Sementara itu, Nuraznida…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya