Tidak perlu panik pencemaran Sungai Rui - Utusan Malaysia

Tidak perlu panik pencemaran Sungai Rui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 April – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik berhubung penemuan sisa arsenik dalam sampel air Sungai Rui di Hulu Perak baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sampel air di Loji Air Ganda di Hulu Perak menunjukkan paras arsenik paras yang rendah dan di bawah piawaian yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang daripada 0.01 miligram untuk setiap liter.

Menurutnya, ini bermakna air terawat yang dibekalkan oleh Lembaga Air Perak (LAP) kepada penduduk di kawasan berkenaan selamat untuk digunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak perlu bimbang kerana apabila dilihat dengan mata kasar Sungai Rui berkelodak, jadi kita mesti bertindak sesuatu.

“Ekoran itu kajian telah dijalankan mengenainya dan satu jawatankuasa khas telah pun ditubuhkan untuk menyiasat kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Faizal turut menyatakan rasa kesal kerana maklumat tidak tepat mengenai pencemaran di Sungai Rui tersebar lebih awal.

Menurutnya, kenyataan kononnya air Sungai Rui boleh menyebabkan penyakit kanser kulit menyebabkan rakyat panik.

“Belum dapat dipastikan air sungai berkenaan boleh menyebabkan kanser sehingga kajian dibuat dan laporan mengenainya diperoleh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini