MUKADIMAHMenteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini menyuarakan pendapat bahawa kaedah transaksi tanpa tunai yang semakin mendapat penyertaan ramai dalam kalangan pemain industri dan pengguna dapat membanteras gejala rasuah di Malaysia. Menurut beliau, teknologi itu diakui mempunyai pelbagai manfaat dan sistem transaksi tanpa tunai antaranya boleh mengurangkan aktiviti jenayah tersebut. Meskipun begitu, sesetengah pihak mempunyai pendapat berbeza. Wartawan Utusan Malaysia, NUR HANANI AZMAN menemubual Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang…










