Tiada sebab halang bina Lapangan Terbang Kulim - Guan Eng - Utusan Malaysia

Tiada sebab halang bina Lapangan Terbang Kulim – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Tidak ada sebab untuk menghalang cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) di Kedah apabila pembiayaannya akan ditanggung oleh pihak swasta menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan mahupun Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak perlu mengeluarkan apa-apa perbelanjaan kerana projek berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.

“Kerajaan tak perlu keluarkan wang. Itu yang kita dapat jimat. Itulah pendekatan kerajaan selama ini. Sekiranya pihak swasta keluarkan wang dan kerajaan tak keluarkan wang jadi kenapa kita harus menghalangnya sekiranya wang ini datang daripada pihak swasta,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubok) yang mencelah ketika Lim membahaskan ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Khai Loon ingin tahu sama ada pembinaan KXP akan memberi impak negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) khususnya dan negeri Pulau Pinang amnya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini