BANGKOK 1 April – Thai AirAsia akan menawarkan penerbangan dari Phuket ke Phnom Penh, Kemboja mulai 1 Jun depan sekali gus menjadikannya laluan antarabangsa kesembilan dari pulau itu bagi syarikat penerbangan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Santisuk Klongchaiya berkata, penerbangan langsung empat kali seminggu itu merupakan sebahagian pewujudan rangkaian Thai AirAsia merentasi Asia dengan pasaran Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam yang semakin berkembang baik, menurut sumber utama pelancongan Thailand. Beliau berkata, Thai AirAsia merancang bagi membangunkan rangkaian destinasi kukuh demi menyediakan kemudahan lebih luas kepada pengembara supaya tidak perlu lagi singgah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya