“Alhamdulillah sampai juga aku di sini,” bisik Khairuman Abu Yamin tersenyum puas sambil matanya memandang ke arah Gurun Sahara, hamparan lautan pasir halus berwarna emas coklat iaitu gurun panas terbesar di dunia yang bakal diterokanya nanti. Rasa letih dalam perjalanan hampir 20 jam sejak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Marrakech, Maghribi serta melalui perjalanan darat lebih daripada lima jam ke daerah Merzouza itu hilang setelah melihat kecantikan padang pasir tersebut. Khairuman, 36, mengikuti pengembaraan anjuran TMPL Backpackers selama 13 hari ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya