Terpulang pada kerajaan lantik KPN - Utusan Malaysia

Terpulang pada kerajaan lantik KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Kerajaan berhak menentukan siapa yang akan memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan menamatkan kontrak perkhidmatannya pada Mei ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, jawatan nombor satu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis dan kerajaan.

“Setakat ini saya masih memangku jawatan Timbalan KPN dan belum menerima sebarang surat,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Seminar Hentikan Keganasan Kanak-Kanak di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan desas desus mengenai Abdul Hamid yang bakal menggantikan Mohamad Fuzi.

Menurut akhbar tersebut, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pula akan dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan KPN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini