JOHOR BAHRU 10 April – Tindakan berjiwa besar Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan Menteri Besar seperti disarankan merupakan langkah yang bertanggungjawab dan perlu dihormati. Dewan Muda Johor (DMJ) berkata, peristiwa yang berlaku itu memberi isyarat jelas kepada semua pemimpin dan parti politik bahawa suara keramat rakyat tidak boleh dipandang mudah. “Ia juga satu isyarat bahawa rakyat mempunyai suara keramat yang tidak boleh dipandang ringan apabila bersatu. “Apa yang berlaku di negeri ini adalah bukti jelas rakyat mahukan pemimpin yang serius memimpin Johor ke arah yang lebih baik, progresif, dan berkemajuan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya