KUALA LUMPUR 13 April – Pergerakan Pemuda UMNO merakamkan penghargaan kepada pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi berkenaan. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut mengucapkan tahniah kepada pengundi yang sekali lagi memberi kepercayaan kepada Mohamad. “Alhamdulillah, Tok Mat (Mohamad) selaku calon BN menang besar dengan majoriti 4,510 undi. Tahniah dan terima kasih pengundi Rantau,”…










