TUMPAT 23 April – Selepas pertama kali muncul di khalayak ramai kelmarin, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan isteri, Cik Sofie Louise Johansson hari ini mencemar duli berangkat menziarahi pesakit kronik di kampung Talak Chabang Empat, di sini. Baginda berdua tiba di rumah Hakim Danil Razali, 17, yang terlantar akibat ketumbuhan pada otak pada pukul 10.15 pagi dan meluangkan masa selama 45 minit bersama remaja tersebut serta keluarganya. Tengku Muhammad Faris yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) turut mengurniakan sebuah kerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya