KOTA BHARU 22 April – Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Cik Puan Sofie Louise Johansson mengejutkan orang ramai apabila muncul buat pertama kali di khalayak umum. Kedua-dua mempelai diraja yang diijab kabulkan pada Jumaat lalu, hanya bersantai tanpa sebarang protokol untuk sarapan pagi di Kopitiam Kopitiam Kuan Heong Huan di sini, semalam. Baginda berdua bersama 22 ahli rombongan yang terdiri daripada kenalan rapat serta keluarga…










