KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menafikan terbabit dalam program ‘Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota’ yang dikatakan berlangsung esok. Sumber Istana Pahang berkata, program tersebut yang tular di laman sosial, tidak terkandung dalam jadual program Tengku Hassanal. “Tuanku Tengku Hassanal juga dijadualkan menghadiri program di Pahang seharian pada esok,” kata sumber itu semasa dihubungi Bernama di sini hari ini. Sumber tersebut juga berkata, Tengku Hassanal bertitah, supaya namanya tidak digunakan oleh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran rasmi Istana Pahang. Sebelum ini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya