Tekong bot hilang ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Tekong bot hilang ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 3 April – Seorang tekong yang hilang akibat terjatuh ke dalam laut setelah bot dinaikinya bersama-sama dua lagi rakan terlanggar tali sebuah bot tunda kelmarin, ditemukan mati lemas di Perairan Langkawi, hari ini.

Mayat Chen Keng Seng, 63, ditemukan terapung berhampiran Pulau Jerkom Besar, di sini oleh nelayan pada pukul 11.50 pagi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Rozali Mohd. Said berkata, mayat mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia Bukit Malut oleh bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat tiba pada pukul 12.20 tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia selaku agensi yang mengkoordinasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengucapkan terima kasih kepada agensi dan nelayan tempatan yang terbabit sepanjang pencarian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, bot gentian kaca dinaiki mangsa terlanggar tali bot tunda milik Syarikat Pengangkutan Bersatu Langkawi yang dalam perjalanan dari Dermaga Tanjung Lembong, di sini menuju ke Kuala Kedah, kira-kira pukul 11 malam.

Dalam kejadian itu, dua lagi mangsa, Md. Saad Bulat, 63, dan Chen Ah Bee, 37, sempat diselamatkan oleh anggota Maritim Malaysia yang menerima panggilan kecemasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini