Tanggungjawab institusi beraja untuk semak, imbang - Utusan Malaysia

Tanggungjawab institusi beraja untuk semak, imbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Institusi beraja boleh melaksanakan tanggungjawab ‘semak dan imbang’ untuk menangani situasi semasa dalam keadaan masyarakat yang terbuka pada masa ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah, fungsi itu adalah tuntutan semasa dan wajar dalam memelihara dan memupuk tradisi.

Sebagai contoh, baginda merujuk kepada isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom yang dilihat mampu menggugat kedaulatan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi di sinilah letaknya keperluan fleksibiliti dalam usaha melaksanakan sesuatu dasar dan penentuan tindakan,” titah baginda semasa berucap merasmikan Kolokium Diraja ‘Daulat Tuanku’ di Muzium Abu Bakar di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Pahang. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini