Lidah lebih tajam daripada mata pedang. Kalau boleh ditukarkan simpulan bahasa ini mengikut zaman siber sekarang sudah tentu ia berbunyi ‘tangan yang menaip lebih tajam daripada mata pedang’ atau ‘lebih tajam daripada pisau’. Masakan tidak apabila kita membaca komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial cukup memedihkan hati malah sangat tidak sihat untuk dibaca kerana penuh dengan maki hamun jika ada netizen yang tidak berpuas hati dengan sesuatu isu. Mereka seolah-olah…