KABUL 5 April – Seramai 12 lagi anggota tentera Afghanistan maut selepas kumpulan militan Taliban mengepung kompleks bangunan kerajaan di wilayah Badghis yang memasuki hari kedua hari ini. Al Jazeera melaporkan, sejumlah tentera kerajaan turut terbunuh dalam serangan di daerah bala Murghab semalam, selain banyak cedera. Jumlah keseluruhan anggota tentera yang maut setakat ini mencecah 32 orang. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya