KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada di landasan yang tepat berikutan diterajui oleh barisan Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan baharu yang benar-benar memahami Akta TH. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, TH juga tidak mengalami masalah pengeluaran besar-besaran oleh pendepositnya sejak Disember tahun lepas. “Saya yakin TH kini di bawah satu pasukan (pengurusan) yang berkebolehan, berintegriti tinggi serta menyedari mengenai kepentingan amalan kewangan Islam…










