PUTRAJAYA 5 April – Setelah lama dinanti-nantikan, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus melibatkan pengagihan RM913 juta kepada semua pendeposit. Kadar hibah itu merupakan agihan terendah dalam sejarah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mewarisi Tabung Haji daripada kerajaan sebelum ini dalam suasana yang disifatkannya sebagai amat menyedihkan. “Selama empat tahun berturut-turut Tabung Haji telah keluarkan dividen dengan melanggar aktanya sendiri. Kerana itu kita hadapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya