CHRISTCHURCH 4 April – Suspek pengganas yang melepaskan tembakan di dua masjid sehingga mengorbankan 50 orang pada 15 Mac laku berdepan dengan 39 dakwaan cubaan membunuh. Suspek berusia 28 tahun warga Australia itu akan dihadapkan ke mahkamah buat kali kedua esok. Polis turut memaklumkan suspek bakal berdepan dengan beberapa pendakwaan lain yang berkaitan. – AGENSI










