PEKAN – Seorang lelaki yang dikehendaki berhubung kes menetak bekas ibu mentua dan adik ipar di Kampung Padang Buloh di sini pada Sabtu lepas, diberkas oleh polis Melaka awal hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditangkap di Malim, Melaka. “Tangkapan dibuat oleh anggota daripada Balai Polis Malim dan kita sedang menunggu suspek dibawa ke sini bagi tujuan reman dan siasatan,” katanya ketika…










