KUALA TERENGGANU 1 April – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini. Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Baginda tiba di pekarangan DUN di wisma berkenaan kira-kira pukul 10 pagi yang kemudiannya disambut Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali serta Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya