KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan kegusaran tentang usaha pihak tertentu yang menyentuh kesucian Islam dan memperlekeh institusi diraja sejak akhir-akhir ini. Baginda bertitah, perkembangan yang sedang berlaku tersebut dilihat seolah-olah terdapat pihak tertentu ingin cuba menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan negara yang telah terbina sekian lama. “Ada pihak berani melakukan perkara menyentuh kesucian Islam, memperlekeh institusi diraja dan banyak lagi yang berpotensi mengakibatkan kejadian tidak…










