JOHOR BAHRU 12 April – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengadakan pertemuan dengan Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Salman al-Khalifa di Bahrain, semalam. Dalam entri terbaharu Facebook rasmi Sultan Ibrahim, lawatan baginda ke negara itu adalah atas jemputan Raja Hamad yang dilihat dapat terus mengukuhkan hubungan erat antara Bahrain dan Johor. Sempena kunjungan itu, Sultan Ibrahim turut mengenakan pakaian tradisional Arab sebagai menghormati Raja Bahrain. Pada pertemuan itu juga,…









