TURKI 29 April – Gara-gara pemandu bas mini terlelap, beberapa pemain kelab Liga Super Turki, Aytemiz Alanyaspor terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian. Bekas pemain kebangsaan Republik Czech, Josef Sural meninggal dunia manakala enam lagi rakannya cedera selepas pulang daripada beraksi di tempat lawan. Tujuh pemain Alanyaspor termasuk bekas pemain kebangsaan England, Steven Caulker dan bekas penyerang Newcastle, Papiss Cisse menyewa khas bas mini tersebut untuk pulang selepas mencatat keputusan…










