Storm Selangor, Negeri Sembilan bantu cari Acap - Utusan Malaysia

Storm Selangor, Negeri Sembilan bantu cari Acap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG 1 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) dari Selangor dan Negeri Sembilan untuk operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu.

Komander Storm, Ismail Abdul Ghani berkata, operasi yang disertai 30 anggota termasuk unit Multi Skill Team (MUST Team) itu akan menumpukan kepada dua lokasi iaitu dari ‘check point 6’ yang merupakan lokasi terakhir mangsa dilihat dan kawasan di sekitar Gua Kandu.

Katanya, kedua-dua kawasan itu terutama di Gua Kandu menjadi tumpuan pada pencarian tersebut kerana keadaan lokasinya yang berpaya, terdapat haiwan berbisa dan laluan yang berkemungkinan mengelirukan mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain Check Point 6 di mana terdapat bukti video dan gambar mangsa telah melepasi laluan itu, terdapat juga saksi yang mendakwa berjalan bersama Mohammad Ashraf di kawasan di Gua Kandu sebelum mangsa berlari meninggalkan saksi namun lelaki itu tidak sampai ke garisan penamat.

“Ini (Gua Kandu) kawasan tumpuan kedua kami di mana mangsa mungkin keluar dari laluan kerana laluan yang mengelirukan, diserang haiwan berbisa, mengalami kekejangan otot atau ada perkara-perkara lain yang menarik perhatiannya,” katanya dalam sidang akhbar di pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi yang masuk hari kesembilan itu menggunakan sepenuhnya kepakaran pasukan elit bomba tersebut yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam operasi mencari dan menyelamat.

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas pertandingan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini