Statut Rom: PH tidak konsisten, sentiasa was-was - Presiden Pas - Utusan Malaysia

Statut Rom: PH tidak konsisten, sentiasa was-was – Presiden Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 April – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Pakatan Harapan (PH) dengan menganggap parti kerajaan itu tidak konsisten dan sentiasa berkeadaan was-was untuk membuat keputusan penting, termasuk isu ratifikasi Statut Rom.

Beliau malah bertanya, adakah selepas ini akan ada lagi pengumuman menteri yang dibatalkan oleh Perdana Menteri dengan alasan timbul kekeliruan dan bantahan, sedangkan yang keliru, tidak konsisten serta tidak bersatu hati adalah jemaah menteri sendiri?

“Bagi saya, tindakan sebegini mencerminkan sikap PH yang tidak konsisten dan sentiasa dalam keadaan was-was untuk membuat keputusan penting melibatkan kedaulatan negara, seumpama isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenyataan beliau itu diterbitkan dalam portal Harakah Daily hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan menarik diri daripada menyertai Statut Rom dibuat dalam mesyuarat Kabinet setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja.

Statut itu ditandatangani pada 4 Mac lalu tanpa makluman serta perbahasan di Parlimen dan dikatakan tanpa melalui persetujuan Majlis Raja-Raja.

Kata Abdul Hadi lagi, kerajaan sepatutnya mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan dalam hal yang melibatkan kedaulatan negara.

“Kita berharap agar rakyat tidak dihabiskan masa dengan keputusan yang tidak konsisten oleh jemaah menteri selepas ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini