COLOMBO 23 April – Sri Lanka mengisytiharkan darurat selepas pasukan keselamatan negara itu menahan 24 anggota kumpulan ekstremis Islam tempatan dipanggil National Thowheeth Jama’ath (NTJ) yang dipercayai dalang di sebalik siri serangan pengebom bunuh diri, kelmarin. Perintah yang dikeluarkan pada pukul 6.30 petang semalam itu memberikan kuasa khas kepada tentera untuk mengatsi serangan militan berkuat kuasa 12 tengah malam tadi. Ini bermakna suspek boleh ditahan tanpa perlu melalui perintah mahkamah.…










