Spurs kena bangun dari tidur - Utusan Malaysia

Spurs kena bangun dari tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 April – “Jika Spurs pamer persembahan yang sama ketika kalah kepada West Ham apabila menentang Ajax nanti, lupakan hasrat untuk ke final Liga Juara Juara Eropah.”

Itu ingatan yang disuarakan penyerang Tottenham Hotspur, Fernando Llorente kepada rakan sepasukan menjelang aksi separuh akhir pertama di laman sendiri menentang Ajax, esok.

Katanya, tidak mungkin kekalahan 0-1 dalam liga domestik itu mampu menguatkan mental pemain Spurs sebaliknya mereka sendiri perlu lebih bersedia menyiapkan diri sendiri untuk menentang lawan yang lebih kuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang nyata, kami semua perlu bangkit dari tidur kerana jika bermain seperti Sabtu lalu, memang senang-senang sahaja kami boleh tersingkir awal tanpa perlu turun bermain aksi separuh akhir kedua,” kata Llorente ikhlas.

Kata-kata Llorente itu walaupun sukar untuk ditelan tetapi perlu dihadam secepat mungkin oleh pemain Spurs memandangkan mentaliti untuk menghadapi Ajax akan berbeza sama sekali.

“Cuma saya tidak faham mengapa kami tidak bersedia dari segi mental ketika menentang West Ham. Jadi jangan main macam itu lagi kalau kita tidak mahu kalah di tangan Ajax,” tambahnya.

Pemain Spurs diakui agak keletihan berikutan jadual padat yang terpaksa diharungi mereka sejak kebelakangan ini dan ia turut dipersetujui pengurus, Mauricio Pochettino yang berusaha keras memulihkan kecergasan anak buahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini